Showing posts with label hadis/ayat al-quran. Show all posts
Showing posts with label hadis/ayat al-quran. Show all posts

Saturday, July 26, 2014

SeDeKaH


Tangan yang berada diatas
lebih baik dari
tangan yang berada
 dibawah.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Rawatilah penyakit dengan sedekah."


Beberapa perkara yang kita perlu tahu;

  • ketahuilah apa yang disumbangkan itu, Allah akan     ganti (mungkin dengan yang lebih baik)
  • jangan menganggap sedekah itu adalah pertolongan   kepada orang lain, tetapi anggaplah sedekah itu penolong untuk diri sendiri. 
  • sedekah bukan hanya untuk fakir miskin, sedekah juga untuk penuntut ilmu, kerana mereka sedang berjihad.
  • ketahuilah sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.
  • selagi terdaya, carilah harta, jangan pernah berhenti, kerana duit itu akan kita salurkan ke jalan Allah.




Sunday, August 4, 2013

DuA GoLoNgAn

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Nabi Muhammad saw bersabda: "Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali dua orang ini. Yang pertama, orang yang diberi Allah kekayaan melimpah-ruah dan ia membelanjakannya secara benar (dijalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Yang kedua, orang yang diberi Allah al-Hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain."
(Hadis Riwayat al-bukhari)

Monday, February 4, 2013

WuDhU'




"Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar, tangan serta kakinya berkilau dari bekas-bekas wudhu'."
(Hadis Riwayat Bukhari)



SuJuD


"Perbanyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sujud sekali Allah akan mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosamu." (Hadis Riwayat Muslim)





Wednesday, September 12, 2012

~PeNgHaRaMaN ArAk~

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu, orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga dalam kalangan orang Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah s.a.w dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah s.a.w segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (HR Muslim)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah:90)

Allah s.w.t melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

 1.  Orang yang memerah arak.

 2.  Orang yang diminta diperah arak untuknya.
 3.  Orang yang meminumnya.
 4.  Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.
 5.  Orang yang membawanya.
 6.  Orang yang meminta dibawa arak kepadanya.
 7.  Orang yang menjual arak.
 8.  Orang yang mendapat hasil daripada arak.
 9.  Orang yang membeli arak.
10. Orang yang meminta arak dibelikan untuknya.

(HR Ibnu Majah dan Tarmizi)


i> Arak yang juga disebut 'khamar' dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam islam hukum meminumnya adalah HARAM.

ii> Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubaatn arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut,barah tengkuk,barah  kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


iii> Manakala dari aspek mental pula Al-Quran ssendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalan raya.


iv> Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha' mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalah mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat, 40 hingga 80 kali.


v> Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tamu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membanteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat.


Arak merosakkan Akal manusia


Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: "Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadis:

1- Ijmak ulama' telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak.

2- Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli,ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.


3- Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.


4- Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.


5- Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol;contohnya kerana darurat,seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-


i)Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.


ii)Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.


iii)Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya.Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksanakan maslahah berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

  
 "Sesungguhnya Allah s.w.t memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul Khabal." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Thinatul Khabal itu?" Baginda menjawab: "Keingat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka." (HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Barangsiapa meninggal (mati) sebagai peminum arak, maka ia kan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti pemnyembah berhala." (HR At-Tabrani 12/45, Shahihul Jami':6525)


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Barangsiapa mati dalam keadaan berhenti minum arak, nescaya Allah s.w.t akan memberinya minum air sungai Ghutbah, yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur." (HR Imam Ahmad)


Wallahu'alam...






Monday, September 10, 2012

~SyUkUr~




"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak bersyukur?" (Yaasin:73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatn serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara kamu yang bersyukur." (As-Sajdah:9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih." (Ibrahim:7)

Hadis Nu'man bin Basyir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah s.w.t."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah ibu bapa, kita, para guru dan Rasulullah s.a.w. Disamping memuji-miji dan mengagungkan jasa serta kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Erti syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa. Orang yang tidak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tidak mengenang jasa.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan solat malam hingga kakinya bengkak-bengkak. Aisyah r.a bertanya kepada baginda: "Mengapa melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang?" Baginda menjawab: "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?" (HR Bukhari)

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.







Monday, July 23, 2012

AuRaT WaNiTa MeNuRuT FiRmAn ALLAH s.w.t DaN HaDiS NABI


1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." 
(Riwayat Abu Daud )

 

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." 
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " 
(An-Nur : 31)

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."  
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".  
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."  
(An Nur : 31) 
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." 
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." 
(Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
(Riwayat Ibn Majah) 




10.Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan   mereka" (An Nur : 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar) 
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."  
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." 
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." 
(Al Ahzab : 59)

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."  
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Sama2lah kita muhasabah diri.semoga kta semua menjadi wanita yang taat akan perintah Allah dan menjadi orang yang bertaqwa.aamiin.
Wallahu a'lam...



Saturday, July 7, 2012

♥ IbU ♥

Ibu, kaulah ratu hatiku.

   Abu Hurairah r.a berkata: 'Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya': "Siapakah mansia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?" Baginda menjawab: "Ibu kamu." Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Baginda menjawab: "Ibu kamu." Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?" Baginda menjawab: "Ibu kamu." Dia bertanya lagi: "Kemuadian siapa?" Baginda menjawab: "Ayah kamu."

   Seorang sahabat bernama Mahimah r.a datang menemui Rasulullah s.a.w meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspidisi Jihad.Rasulullah s.a.w bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Jahimah menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak dibawah tapak kakinya."

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. (al-Ahqaf 46:15)



Friday, June 29, 2012

♥ HaTi ♥

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati."



Friday, June 22, 2012

JaUhI PeRkArA YaNg MeMbInAsAkAn

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan :

(1) Mempersekutukan Allah
(2) Sihir
(3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali kerana alas an yang       dibenarkan Allah (seperti qisas)
(4) Memakan harta anak yatim
(5) Memakan riba
(6) Lari dari medan pertempuran
(7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina).” (0069)

Thursday, June 21, 2012

GaLaKaN BeRdOa



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”
(Riwayat Bukhari)
Huraian:
  • Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
  • Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
  • Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
  • Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

IsLam MeLaRaNg UmAtNyA MeMoHoN UnTuK MaTi

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian:
  • Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
  • Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
  • Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.
Dialog biasa yang boleh didengari:-
    orang susah:
  • "Kenapa aku tak mati je,aku tak sanggup lagi nak hidup macam ni"
  • "Sepatutnya aku mati je,tak dela susah macam ni"
   orang sakit:
  • "Biarlah aku mati,aku tak sanggup lagi sakit macam ni"
  • "Biarlah aku mati,aku dah tak larat nak tanggung sakit ni"
Jadi sahabat2,jangan sesekali terlintas difikiran kita tentang mati.Sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui.Dia tidak akan beri ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambanya... 

Wednesday, June 13, 2012

WaNiTa...


Daripada Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatan,dan taat kepada suami,
Dia akan disuruh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu yang disukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Betapa beruntungnya kita kaum wanita kerana sungguh mudah untuk memasuki Syurga. dan jangan kita lupa,kita juga mudah untuk memasuki Neraka,Nauzubillah...