Sunday, August 9, 2015

CaNdY BoOtH (Sweet Corner)

Assalamualaikum w.b.t
Pada 8 Ogos lalu kami krew Saadiah Bakery telah sampai ke Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Dengan permintaan Platinum Package iaitu RM 800++, menu kami adalah Brownies. Cheese Cake, Redvelvet Cake, Cheese tart, Fruit Tart, Cream Puff dan Mini Pavlova. Candy Booth kami sesuai untuk apa jua majlis seperti majlis perkahwinan. majlis pertunangan, convocation event, etc. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami terus melalui talian wassap 013-3551263 atau 013-3266036.

Pakej yang kami sediakan :

SILVER PACKAGE RM 350

Chocolate Fountain
Sponge Cake
Dessert of The Day
Marhmallow
Candies
Creampuff

GOLD PACKAGE RM 500

Chocolate Fountain
Sponge Cake
Signature Cake
Dessert of The Day
Marhmallow
Candies
Creampuff
Fresh Fruit

PALTINUM PACKAGE RM 800

Chocolate Fountain
Sponge Cake
Signature Cake
Dessert of The Day
Marhmallow
Candies
Creampuff
Fresh fruit

*Signature Cake :
  Baked Cheesecake or 
  Redvelvet

*Deesert of The Day :
  Cheese Tart or
  Fruit Tart or
  Mini Pavlova
  


Sweet Corner
Brownies






Saturday, July 26, 2014

SeDeKaH


Tangan yang berada diatas
lebih baik dari
tangan yang berada
 dibawah.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Rawatilah penyakit dengan sedekah."


Beberapa perkara yang kita perlu tahu;

  • ketahuilah apa yang disumbangkan itu, Allah akan     ganti (mungkin dengan yang lebih baik)
  • jangan menganggap sedekah itu adalah pertolongan   kepada orang lain, tetapi anggaplah sedekah itu penolong untuk diri sendiri. 
  • sedekah bukan hanya untuk fakir miskin, sedekah juga untuk penuntut ilmu, kerana mereka sedang berjihad.
  • ketahuilah sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.
  • selagi terdaya, carilah harta, jangan pernah berhenti, kerana duit itu akan kita salurkan ke jalan Allah.




Saturday, May 3, 2014

♥ ~ KeLaHiRaN AhLi BaRu ~ ♥


Pada 2/5/2014 genaplah sebulan usia anak saudaraku yang pertama
 Muhammad Luqman Al-Hakim bin Mohd Solahuddin Al-Mundzir...





Sunday, November 17, 2013

Walimatul Urus Kakak

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak cerita skit pasal pernikahan kakak saya yang pertama tp anak yg ke 2 yg bernama Sumaiyah Dan di ijab Kabul kan dengan Mohd Faiz...

Majlis pernikahan bermula dengan khutbah daripada jury nikah, kemudian diterusksn dengan akad. nikah. Majlis pernikahan tamat lebih kurang pukul 10 pg...

Majlis jamuan makan bermula pads pukul 11.30 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang...


Kami sekeluarga bersama pasangan (Sumaiyah &Mohd Faiz)

Sunday, August 4, 2013

DuA GoLoNgAn

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Nabi Muhammad saw bersabda: "Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali dua orang ini. Yang pertama, orang yang diberi Allah kekayaan melimpah-ruah dan ia membelanjakannya secara benar (dijalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Yang kedua, orang yang diberi Allah al-Hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain."
(Hadis Riwayat al-bukhari)

Friday, August 2, 2013

RaMaDhAn

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, sampai ke hari ini saya masih dapat bernafas dan sihat sejahtera. Saya juga bersyukur kerana masih dapat menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah telah sampai kita ke 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Tidak lama lagi umat islam akan menyambut 'Eid Fitr' yang bermaksud 'kembali kepada fitrah (suci dari segala dosa, seperti bayi yang baru dilahirkan). sShabat sekalian, Ramadhan merupakan bulan yang mulia, banyak peristiwa berlaku dalam bulan Ramadhan ini. Seperti penurunan wahyu (al-Quran) kepada Rasulullah saw. Peperangan (badar)  pertama bagi umat islam zaman Nabi Muhammad saw. Selain itu, peristiwa lain seperti 'Lailatul Qadr' juga hanya wujud di dalam bulan Ramadhan. Malam al-qadr berlaku antara 10 malam-malam terakhir Ramadhan. Pahala bagi mereka yang beribadah pada malam al-qadr ini menyamai ibadah selama 1000 bulan, dan yang paling istemewa, ibadah tarawih juga hanya wujud di dalam bulan Ramadhan. Allah mengurniakan malam al-qadr ini kerana Rasulullah mengatakan bahawa umatnya hanya hidup dalam usia singkat, berbanding umat nabi-nabi lain. Jadi, bagaimana mereka ingin menjadikan pahala mereka -seperti orang-orang terdahulu yang hidup beratus-ratus dan beribu-ribu tahun lamanya. Jadi, Allah telah mengurniakan malam al-qadr untuk kita , umat nabi Muhammad agar pahala kita dapat menandingi pahala umat nabi-nabi yang terdahulu. Jadi bersyukurlah wahai sahabat sekalian. Semoga Ramadhan ini akan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah. akhir kata daripada saya, semoga kita dipanjangkan umr dan ditemukan dengan 'Lailatul Qadr'. InsyaAllah, aamiin...
Sekian, wassalam...

Friday, June 7, 2013

SoLaT

Bacaan tambahan dalam solat, kalau baca dapat pahala...

ketika solat, selepas membaca bacaan i'tidal, sambunglah dgn bacaan ini :

'hamdan thoiyiban mubarakan fih'


kata Nabi saw, ketika sahabat membacanya, bginda melihat 30 hgga lebih mlaikat berebut rebut utk mencatat kebaikan bagi bacaan tersebut..