Aiman terpisat-pisat bangun.
Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang
hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. "Ya Allah.Sayang.." Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “Ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “Bukan saya",Aiman cuba menafi. “Sudah bawa dia.
Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “Bukan saya!..” Aiman terkejut
melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu
abahnya berbicara. “Bukan Aiman bah!!”
Sewaktu keluar. Memang sudah ramai orang
di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “Abi, bukan saya.Umi!!” meronta-ronta Aiman minta dilepaskan. “Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “Bukan saya! Abi!! Umi!! Tolong lah percayakan saya,saya..”, belum sempat Aiman mengahabiskan kata-katanya.“Cepat bawa dia!” potong alongnya. "Ya Allah dugaan apa yang Kayberikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah.Semoga dia selamat,"kata Aiman di dalam hati. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. "Bantulah hamba-Mu Ya Allah",doa Aiman.Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “Abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “Sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “Abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “Abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan
senyum terpaksa. “Bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata
muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “Abi,jawab
saya abi. Syahirah macam mana?”, mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya
tidak menjawab soalan. “Abi patut pergi dah ni. Banyak-banyakkan bersabar. Ingat
Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.
Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat.Aiman terus teringat akan isterinya,“Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja 'study' saya itu..” Aiman
bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “Cuba abang
baca..” Rasulullah saw. bersabda,mafhumnya :“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”(Hadis Riwayat Muslim).
“Encik,saya nak
sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu,warden-warden di situ berlembut
dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat
sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci
itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA.Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN.Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG.Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN.Belajar
KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN.Belajar TAWAKKAL dari UJIAN.Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya
senyum melihat wajah menantunya itu. “Bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui
kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman
senyum. Terima kasih Ya Allah. “Abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria.
Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak
bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu
isterinya,rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di
hospital.
Aiman terkejut. “Abi, kenapa di sini?” tanya Aiman dengan penuh tanda tanya.“Turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji
Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat
ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya
dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor.
Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “Maaf, dia tak dapat di
selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil
itu. “Barah hatinya dah kriktikal. Dia tak dapat nak 'survive'.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba
di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman
mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit
Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “Sabar
Aiman…bawa mengucap.” “Bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran
mengusap bahu Aiman. “Sudah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“Tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah
jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa
Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.
* * *
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil.
Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah
pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah
dan abinya puas meredakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu
itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan Tuhan. Akhirnya, dia
akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar
dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa
mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “Ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu,“Nak keluar,jawab Aiman.” “Pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “Hm, pergi masjid. Aiman
pergi dulu. Assalammualaikum.” “Waalaikumussalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia
keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah
berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan
solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur.
Aiman memberhentikan bacaannya. “Waalaikumsalam.” “Anak ni musafir ke? Dah lewat
malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “Saya ingat nak
tidur sinilah pak cik.” “Oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya”, Aiman
mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman
menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal.
Aiman membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah. “Baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“Lagi?” “Er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata
Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“Sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “Jangan tinggal abang lagi.”
Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar
mengikutinya.
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita
itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “Macam ni
Dato' . Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar. “Terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
'check' nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato' Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-Mu. Al-Fatihah....
Daripada 'Admin'
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak
semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan
apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang
baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan
yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat
kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba
yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...