Thursday, August 23, 2012

~ SyAwAl TiBa LaGi ~

Alhamdulillah, setelah berpuasa selama sebulan. Kini tiba masa umat islam meraikan hari yang penuh bahagia.yaitu EID FITR,maksud nya adalah kembali kepada fitrah.kerana sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa umat islam yang menjalani ibadah puasa serta melalui bulan Ramadhan bukan seperti bulan-bulan yang lainnya(insya-Allah...)

Alhamdulillah saya juga telah menjalani ibadah puasa tanpa halangan, semua adik-beradik saya menjalani ibadah puasa di rumah.cuma adik lelaki saya yang balik agak lewat sebab sekolah di perak,  dia hanya dapat berpuasa di rumah hanya beberapa hari....

Tahun ini, kami pulang ke kampung agal lewat,pada pagi raya.di sebab kan jalan raya yang sesak,kami sampai pada sebelah petang. Tahun ini saya diberi ujian oleh Allah s.w.t dengan keadaan badan yang tidak berapa sihat.sehingga hari ini,sudah berkurangan.tapi alhamdulillah, ustaz ada menyebut.jika kita sakit ucaplah "alhamdulillah" kerana Allah akan mengampuni dosa kita. kita juga akan mendapat pahala jika bersabar. Kata ustaz, sakit sekecil mana pun, akan diampunkan dosa.Walhal,tertusuk jarum sekalipun,dosa kita akan diampunkan.(terdapat dlm hadis; sehingga seorang sahabat mendengar lalu dia berdoa agar diberi demam seumur hidup,namun jangan sampai dia tidak menunaikan ibadah haji,jangan sampai dia tidak menunaikan umrah,jangan sampai dia tidak boleh solat berjemaah di rumah Allah) nampak tak, betapa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambanya? jadi kita haruslah bersyukur atas nikmat dan kurnia dariNya. Janganlah jadi hamba yang kufur nikmat...

Sekian sahaja dari saya, Selamat Menyambut Syawal, 10 jari saya susun memohon maaf atas kekhilafan diri.


Tuesday, August 14, 2012

MaLaM YaNg LeBiH BaIk DaRi 1000 BuLaN (Lailatl Qadr)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
 
(al-Bukhari)

Huraiannye:-


1. Lailatul Qadr adalah sau malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam Ia merupakan satu malam yang penuh dengan rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah s.w.t
2. Umat islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan ibadah di malam yang ke-10 terakhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan solat sunat terawih, tadarus al-quran,berzkir, dan lain-lainibadah kerana sesungguhnya Allah s.w.t akan member keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang beriman dan yang beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya.
4. Waktu terjadinya Lailatul Qadar ini hanya Allah yang mengetahuinya, bila masanya, siapa yang mendapatnya dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya.

Thursday, August 9, 2012

PeSaNaN Imam al-Ghazali TeNtAnG KaWaN


1.         Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh & menyakitkan hati.
2.       Pilih kawanyang berakhlak, jangan pilih yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahat.
3.        Pilih kawan yang, jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa & maksiat.
4.       Pilih kawan yang bersederhana, jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat peurah.
5.       Pilih kawan yang bercakap benar, jangan pilh kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.