Saturday, October 13, 2012

DuNiA BaRu Ku ♥♥♥

Alhamdulillah, akhirnya aku menjejakkan kaki ke alam universiti. zaman yang diidam-idamkan oleh semua pelajar...aku mendaftarkan diri pada 4 okt yg lalu, program asasi pengurusan, mempunyai 6 sub dlm sem 1, math, account, english, management, komp dan ekonomi.semuanya dlm BI.kelas bermula hari isnin lepas.harap2 aku akan cepat dapat bila di ajar. doakan daku ye sahabat2...

~♥ KhAs BuAt AdAm ♥~

Adam itu.. kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong...
Adam itu.. kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak...
Adam itu.. kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo...
Adam itu.. kalau ada perempuan yang tidak membalas mesejnya, dikata kerek...

Adam... perempuan mana yang enkau mahu jadi calon isterimu?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau.....
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon, tidak menghiraukan kiri kanan membalas mesejmukah?
Inikah calonmu wahai Adam???

Ketahuilah wahai Adam,  sunggunya perempuan itu manja, suka dbelai, suka dikasih.
namun Adam...
Tahu apa erti batas pergaulan? Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek...

Kerana...
Bahawa perempuan itu menjaga aibmu...
Bahawa perempuan itu membantu kamu..
Menahan diri dari dosa...
Menjauh dari kehinaan...
Kerana perempuan itu fitnah dunia...
Perempuan itu fitnah bagi kamu...

Adam..
Perempuan itu insan yang lemah...
Jangan kau cemar imannya...
Jangan kau rosakkan mujahadahnya...
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi...
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya...
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya...

Adam..
Andai kau kasih dan sayang kepada perempuan...
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana...
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam hatimu...
Ibu kepada bakal pejuang agama...
Berdoalah untuk mereka...
Berdoalah untuk dirimu...
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu...

Kerana Adam adalah pembela Hawa...