Sunday, September 30, 2012

♥ KeDaI KaMi ♥

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah berjaya membuka sebuah kedai bakery yang menyediakan makanan halal. Kami telah menjemput beberapa orang untuk membuat majlis doa selamat pada malam tadi dan  InsyaAllah kami akan beroperasi pada esok hari iaitu pada 1 oktober 2012, mulai pada pukul 10 pagi. semoga segala urusan kami dipermudahkan, dan diberkati...

Kedai Kami

                   


                    

                           
                    



Beberapa produk yang telah dihasilkan pada
hari ini.
Lokasi kedai kami : No 17, Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Majlis doa'





Wednesday, September 26, 2012

~ 10 PeRaNgKaP SyAiTaN ~

  1- Sombong dan angkuh
  2- Bakhil / kedekut
  3- Takabbur dan bongkak
  4- Khianat
  5- Hasad dengki
  6- Suke meremehkan/merendahkan orang lain
  7- Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
  8- Ujub/ bangga diri
  9- Suka berangan-angan
10- Buruk sangka

Tuesday, September 25, 2012

TiMe



Time is free, but it's priceless...
You can't own it, but you can use it...
You can't keep it, but you can spend it...
Once you've lost it, you can never get it back...

~ 10 GoLoNgAn YaNg MeNzALiMi DiRi SeNdiRi ~

  1- Bila berdoa, tidak mendoakan orang lain.
  2- Tidfak membaca al-Quran.
  3- Tidak solat sunat Tahiyatul masjid pabila masuk ke dalam masjid.
  4- Tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur ketika berada di perkuburan.
  5- Apabila sampai ke sesuatu tempat dia tidak solat Jumaat.
  6- Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu belajar.
  7- Apabila bertemu 2 orang tidak bertanya nama.
  8- Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang.
  9- Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar.
10- Makan kenyang tapi orang sebelah kelaparan.

Friday, September 21, 2012

~ BAHAGIAN 1 ~

KELEBIHAN HARI JUMAAT

 1- Semua Makhluk Merayu Belas Kasihan daripada Allah s.w.t

Abi Lubabah bin al-Munzir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : "...Tidak ada satu malaikat sekalipun yang hampir dengan Allah, langit dan bumi , angin, gunung-gunung dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada haritersebut)...."
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, hadis no. 5559)

 2- Burung-burung Menantikan Hari Jumaat

Dikeluarkan oleh al-Dinuri dalam al-mujalisah, daripada bakr bin Abdillah al-Muzniy, beliau berkata (maksudnya) : "Burung-burung apabila bertemu antara satu sama lain pada malam Jumaat akan berkata, adakah engkau dapat merasakan bahawa esok adalah Jumaat?"
(Riwayat al-Dinawariy, hadis no. 2432)

3-Semua Makhluk Berasa Gerun dengan Hari Jumaat

Daripada Abdul Razzaq, daripada Ma'mar, daripada Thowus, daripada bapanya, beliau berkata (maksudnya) : "Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah selain daripada hari Jumaat. Padanya Allah memutuskan penciptaan langit dan bumi, padanya akanterjadinya Kiamat, dan tidak terbitnya matahari pada hari Jumaat melainkan akan gentarlah daratan, lautan, batu-batuan dan pokok-pokok. Tidak ada sesuatu pun yang Allah ciptakan (yang dirasakan ketakutan begitu) melaikan jin dan manusia. Padanya juga ada satu saat yang mana seandainya seorang Muslim sedang berdoa' pada masa tersebut, pasti akan ditunaikan doa'nya itu."
(Riwayat Abdul Razzaq dalam Musannafnya, hadis no.5556)

 4- Hari Mulia dalam Seminggu

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhunya) : "Sebaik-baik hari yang terbit padanya hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari itu juga dimasukkan Adam a.s ke Syurga,  dan pada hari itu jugalah dikeluarkan Adam darinya, dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada Hari Jumaat."
(Riwatay Muslim, hadis no.1411)

 5- Penghulu Segala Hari 

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ibnu majah, al-Baihaqi dalam al-Syu'ab, daripada Abi Lubabah bin Abdul Munzir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Sesunggunya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. Padanya juga terdapat 5 keistimewaan lain iaitu diciptakannya Adam a.s, diturunkan Adam ke dunia, hari dimatikan, terdapatnya saat yang mana tidak ada hama yang memohon kepada Allah melainkan akan diperkenankannya selagi mana dia tidak meminta yang haram, dan pada hari ini jugalah berlakunya Kiamat. Tidak ada satu malaikat pun yang hampir dengan Allah , langit dan bumi, angin, gunung-ganang dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada hari tersebut)."
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, hadis no.5559)

 6- Hari Pengampunan

Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Sesungguhnya Allah Tabarak wa Ta'ala tidak meninggalkan seorang pun dalam kalangan orang-orang Islam pada hari Jumaat, melainkan ia pasti diberi-Nya pengampunan."
(Riwayat ath-Thabrani dalam al-Awsat dengan sanad yang baik, hadis no.4973)

 7- Terdapat Saat Mustajab Doa

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang mana sekiranya kebetulan dalam solat seorang hamba, lalu dia memohon sesuatu kepada Allah, pasti akan diberikan apa-apa yang dimintanya, sambil Nabi mengistaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa sekejapnya saat tersebut."
(Riwayat al-Bukhari, hadis no.883 dan Muslim no.1406)

 8- Pahala dan Dosa Berganda

Ka'ab r.a berkata (maksudnya) : "Sesungguhnya pada hari Jumaat, seluruh makhlik termasuklah jin dan manusia akan berasa gementa, danpada hari itu juga dilipatgandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana akan berlakunya Kiamat."
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, hadis no.5557)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhunya) : "Akan dilipatgandakan pahala yang dilakukan pada hari Jumaat."
(Riwayat ath-thabrani dalam al-Kabir, hadis no.1143)

Dikeluarkan oleh al-Musayyab bin Rafi', beliau berkata (maksudnya) : "Sesiapa yang melakukan satu amalan kebajikan pada Hari Jumaat, maka akan digandakan dengan 10 kali ganda daripada hari-hari biasa, danbegitu juga kepada sesiapa yang melakukan satu amalan kejahatan." 4

 9- Dinamakan sebagai Yaumul Mazid

10- Keselamatan Hari Seseorang Bergantung pada Hari Jumaat

Aisya r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Apabila selamat hari Jumaat maka selamatlah hari-hari lainnya."
(Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', 3/215)

11- Dilarang Solat Sunat Mutlak pada Waktu Rembang kecuali pada Hari Jumaat

Abu Qatadah r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w (mafhumnya) : "Bahawasanya Baginda melarang solat pada waktu pertengahan siang (waktu rembang), elainkan pada hari Jumaat."
(Riwayat Abu Daud, hadis no.915)

Dipetik daripada buku Hebatnya hari Jumaat hasil Ustaz Ahmad Zaidi Adam.


Friday, September 14, 2012

~TaBaHLaH SaHaBaTkU~


Sahabat,biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi...
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai...
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat...
biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula...
biarkan diri ini menderita, agar kia tahu kepahitan derita ini, agar kita sedar kesengsaraan ini tidak sama, malah ianya secebis daripada penderitaan Rasulullah S.A.W…

Thursday, September 13, 2012

HoW To MaKe ThE BeSt Of LeCtUrEs At ScHoOl


1- Pray -> Pray sincerely to Allah to grant you knowledge.

2- Be involved -> During the lecture, try to be as actively involved as possible.

3- Focus -> Don't be afraid to sit in the front row, it helps you avoid distraction.

4- Plan and prepare -> Go over notes from the last class. Also get an idea of the lecture material ahead 
    of the lecture.

5- Eat well -> Have a healthy snack before lecture.

6- Make great notes ->
     *Make your notes colourful and interesting
     *Write clearly
     *Try learning shorthand

Wednesday, September 12, 2012

CaRa MeNgHaDaPi StReSs



1. Ingat, ujian ini daripada Allah s.w.t ;-

  • "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

           (Surah Al-Baqarah 2:286)
  • "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."   

           (Surah Al-Insyirah 94:6)

2. Bertenang dan jangan terlalu menekan diri.

3. Bincang masalah dengan orang lain.

4. Nikmati masalah/enjoy the problem(lepaskan stress dgn; menjerit,menangis,tinju dll)

5. Ingat, ada orang lain yang lebih susah.

~PeNgHaRaMaN ArAk~

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu, orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga dalam kalangan orang Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah s.a.w dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah s.a.w segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (HR Muslim)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah:90)

Allah s.w.t melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

 1.  Orang yang memerah arak.

 2.  Orang yang diminta diperah arak untuknya.
 3.  Orang yang meminumnya.
 4.  Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.
 5.  Orang yang membawanya.
 6.  Orang yang meminta dibawa arak kepadanya.
 7.  Orang yang menjual arak.
 8.  Orang yang mendapat hasil daripada arak.
 9.  Orang yang membeli arak.
10. Orang yang meminta arak dibelikan untuknya.

(HR Ibnu Majah dan Tarmizi)


i> Arak yang juga disebut 'khamar' dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam islam hukum meminumnya adalah HARAM.

ii> Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubaatn arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut,barah tengkuk,barah  kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


iii> Manakala dari aspek mental pula Al-Quran ssendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalan raya.


iv> Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha' mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalah mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat, 40 hingga 80 kali.


v> Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tamu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membanteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat.


Arak merosakkan Akal manusia


Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: "Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadis:

1- Ijmak ulama' telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak.

2- Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli,ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.


3- Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.


4- Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.


5- Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol;contohnya kerana darurat,seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-


i)Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.


ii)Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.


iii)Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya.Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksanakan maslahah berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

  
 "Sesungguhnya Allah s.w.t memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul Khabal." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Thinatul Khabal itu?" Baginda menjawab: "Keingat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka." (HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Barangsiapa meninggal (mati) sebagai peminum arak, maka ia kan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti pemnyembah berhala." (HR At-Tabrani 12/45, Shahihul Jami':6525)


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Barangsiapa mati dalam keadaan berhenti minum arak, nescaya Allah s.w.t akan memberinya minum air sungai Ghutbah, yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur." (HR Imam Ahmad)


Wallahu'alam...






Monday, September 10, 2012

~SyUkUr~




"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak bersyukur?" (Yaasin:73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatn serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara kamu yang bersyukur." (As-Sajdah:9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih." (Ibrahim:7)

Hadis Nu'man bin Basyir r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah s.w.t."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah ibu bapa, kita, para guru dan Rasulullah s.a.w. Disamping memuji-miji dan mengagungkan jasa serta kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Erti syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa. Orang yang tidak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tidak mengenang jasa.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan solat malam hingga kakinya bengkak-bengkak. Aisyah r.a bertanya kepada baginda: "Mengapa melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang?" Baginda menjawab: "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?" (HR Bukhari)

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.







Wednesday, September 5, 2012

~WaRkAh BuAt KaUm AdAm~



Adam, mengertilah...                                         
Hawa bukanlah insan yang kuat...
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu...
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dengan godaan syaitan & nafsu sendiri...

Adam, mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik... 
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya...
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj...
'perfume', 'make up', perhiasan..
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya...
namun mengapa masih Adam tertarik pada 
Hawa yang serba kekurangan ini...

Adam, mengertilah...
Hawa berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila 
Adam meminta...
Hawa tahu permintaan Adam tidak mungkin 
membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam, mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima...
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan saja...
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa 'reply' juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat...

Adam, mengertilah...
setiap layanan yang Hawa beri hanya 
sekadar membantu...
mungkin Hawa adalah antara kasih
sayang Allah yang dikurniakan buat Adam...
memudahkan perjalanan hidup Adam...
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan...

Adam, mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa...
namun, bukan 'couple' yang Hawa pinta...
tetapi cukuplah sekadar tidak
memandang Hawa...
cukuplah sekadar menghormati Hawa 
sebagai Hawa...
jangan dipinta apa yang tidak mampu Hawa 
berikan...
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam, mengertilah...