Saturday, July 28, 2012

HiDaYaH

”Bertudunglah walau terpaksa, solatlah walau terpaksa, puasalah walau terpaksa.kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?? Hidayah perlu dicari bukan ditunggu. Macam makanan, kalau tak disuap ia tak akan masuk kedalam mulut”               
-ustaz azhar idrus-

Monday, July 23, 2012

AuRaT WaNiTa MeNuRuT FiRmAn ALLAH s.w.t DaN HaDiS NABI


1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." 
(Riwayat Abu Daud )

 

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." 
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " 
(An-Nur : 31)

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."  
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".  
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."  
(An Nur : 31) 
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." 
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." 
(Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
(Riwayat Ibn Majah) 




10.Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan   mereka" (An Nur : 31)

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar) 
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."  
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." 
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." 
(Al Ahzab : 59)

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."  
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Sama2lah kita muhasabah diri.semoga kta semua menjadi wanita yang taat akan perintah Allah dan menjadi orang yang bertaqwa.aamiin.
Wallahu a'lam...



5 KeIsTiMeWaAn UmAt NABI MUHAMMAD Di BuLaN RaMaDhAn

Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberikan lima keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah diberikan-Nya kepada umat-umat sebelum baginda dibulan Ramadhan.
 
Keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

  1-Pada malam pertama Ramadhan Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan tidak menyiksa mereka selama-lamanya. (kecuali mereka yang syirik dan melakukan dosa besar. Perlu bertaubat dahulu)

  2-Mulut oarang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah s.w.t.

  3-Seluruh malaikat memohon ampun siang dan malam kepada Allah s.w.t.untuk orang yang berpuasa.

  4-Allah s.w.t memerentahkan Syurga bersiap sedia untuk menyambut tetamu-Nya yang berpuasa.

  5-Allah s.w.t menunggu-nunggu untuk memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa.


Kelebihan orang yang memberi makan dan minuman kepada orang yang berpuasa :

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


Menghidupkan malam Ramadhan :

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:” Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau."

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadhan dan disunatkan melakukan qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

 


Thursday, July 19, 2012

SeKiLaS PaNdAnG MeNgEnAi PuAsA RaMaDhAn

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu semua berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas golongan terdahulu, mudah-mudahan kamu semua berTAQWA."
(Al-Baqarah 2 : 183)

  • Apakah hukum berpuasa?
Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas dari A-Quran,As-Sunnah dan ijma'
  • Siapa yang wajib berpuasa?
1 Muslim. 
2. Berakal. 
3 Baligh. 
4 Sihat dan mampu untuk berpuasa. 
5 Menetap bukan msafir. 
6 Suci dari haid dan nifas(bagi wanita)
  • Apa perkara yang membatalkan puasa?
1. Makan atau minum dengan sengaja
2. Muntah dengan sengaja
3. Keluar air mani,darah haid/nifas
4. Masukkan sesuatu kedalam rongga/bukan makanan kedalam perut melalui jalan biasa
5. Niat berbuka
6. Bersetubuh
  • Apa amalan sunnah semasa puasa ramadhan?
1-Bersahur dan melambatkan sahur.
 2-Segerakan berbuka puasa.
 3-Memberi makan kepada orang yang berpuasa.  
4-Berdoa ketika puasa dan selepas berbuka puasa. 
5-Solat tarawih. 
6-Menjauhi perkara yang sia-sia/dilarang. 
7-Bersugi. 
8-Menderma. 
9-Belajar dan mentadabbur Al-Quran. 
10-Banyakkan ibadah pada 10 hari terakhir. 
11-Beriktikaf di masjid pasa 10 hari terakhir. 
12-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadr.
  

Sunday, July 15, 2012

~♥*SoLaT iTu TiAnG AgAmA*♥~


Solat itu kena full time
Bukan part time
Bukan sometime

Bukan no time

Kalau boleh, buat la over time


~ EmPaT PeRkArA DaLaM EmPaT KeAdAaN ~


Sesungguhnya Allah s.w.t menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan :-

1.Disembunyikan redhaNya pada ketaatan hamba-Nya.Maka janganlah menghina amal yang remeh dan sedikit, kemungkinan ada pada amal tersebut redha Allah tanpa diketahui.

2.Disembunyikan  kemurkaan-Nya pada kemaksiatan hamba-Nya.Maka janganlah memperkecilkan dosa yang kecil, kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang tidak diketahui.

3.Disembunyikan juga waktu dikabulkan doa. Maka janganlah memandang remeh dalam berdoa,boleh jadi doa tersebut bertepatan dengan waktu dikabulkan doa,sedangkan manusia itu tidak diketahui.

4.Dan disembunyikan juga wali dalam kalangan hamba-Nya.Maka janganlah antara kamu memperlekeh mereka yang berpakaian hodoh dan buru.Mungkin dia adalah wali Allah,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Saturday, July 14, 2012

RuLeS FoR HaPpInEsS

*Free your heart from hatred
*Free your mind from worries
*Live happily
*Give more
*Expect less

Friday, July 13, 2012

LiFe Is ToO ShOrT...

Life is too short…
Grudges are a waste of perfect happiness. Laugh when you should and let go of what you can’t change. Love deeply and forgive quickly,take chance. Give everything and have no regrets…
Life’s too short to be unhappy. You have to take good with the sad smile when you’re sad. Love what you got…and always remember what you had always forgive. Never regret…

Monday, July 9, 2012

YaNg......

Yang singkat itu ''waktu'
Yang menipu itu 'dunia'
Yang dekat itu ''kematian'
yang besar itu 'hawa nafsu'
Yang berat itu 'amanah'
Yang sulit itu 'ikhlas'
Yang mudah itu 'berbuat dosa'
Yang sering lupa itu 'bersyukur'
Yang membakar amal itu 'mengumpat'
Yang mendorong ke neraka itu 'lidah'
Yang berharga itu 'iman'
Yang mententeramkan itu 'teman sejati'
Yang ditunggu Allah s.w.t itu ''taubat'

(Imam Al-Ghazali)

Saturday, July 7, 2012

~BeRsAhAbAtLaH KeRaNa AlLaH~



Apabila kita ingin berteman. Janganlah kerana kelebihannya, kerana satu kelemahannya kau mungkin menjauhinya.

Andai kau ingin berteman. Janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukannya kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu. Janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu,kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin bersahabat. Terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang manusia biasa boleh menjadi sempurna, bersahabatlah kerana Allah. Insya-Allah, Allah akan melindungi ukhuwah itu.


♥ IbU ♥

Ibu, kaulah ratu hatiku.

   Abu Hurairah r.a berkata: 'Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya': "Siapakah mansia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?" Baginda menjawab: "Ibu kamu." Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Baginda menjawab: "Ibu kamu." Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?" Baginda menjawab: "Ibu kamu." Dia bertanya lagi: "Kemuadian siapa?" Baginda menjawab: "Ayah kamu."

   Seorang sahabat bernama Mahimah r.a datang menemui Rasulullah s.a.w meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspidisi Jihad.Rasulullah s.a.w bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Jahimah menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak dibawah tapak kakinya."

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. (al-Ahqaf 46:15)