Tuesday, August 14, 2012

MaLaM YaNg LeBiH BaIk DaRi 1000 BuLaN (Lailatl Qadr)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
 
(al-Bukhari)

Huraiannye:-


1. Lailatul Qadr adalah sau malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam Ia merupakan satu malam yang penuh dengan rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah s.w.t
2. Umat islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan ibadah di malam yang ke-10 terakhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan solat sunat terawih, tadarus al-quran,berzkir, dan lain-lainibadah kerana sesungguhnya Allah s.w.t akan member keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang beriman dan yang beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya.
4. Waktu terjadinya Lailatul Qadar ini hanya Allah yang mengetahuinya, bila masanya, siapa yang mendapatnya dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakiNya.

No comments:

Post a Comment

Sila nyatakan komen anda dengan sejujurnya...