Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap
voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan
ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar
berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah
oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada
hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya
Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.
Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden
kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada
email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok
Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video
itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam
rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please..
jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata
mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja
Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference
dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya
Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam
kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“Thanks.” “Thanks untuk apa?” “Sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah
ketawa kecil. “Bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata
Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di
Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi fokus memandu.
“Thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “Untuk apa pula?” “setelkan
bil-bil syarikat tu..” “Kita suami isteri kene saling membantu.” “Mana Ira
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“Sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “Hm,rezeki
Allah.” “Dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “Abang,
jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke
arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal
tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita
dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut
tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke
arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah
senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious
ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu.
Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya
nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya
tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya
dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya
Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah
lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa
sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium
tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai
dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf
kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa
Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan
semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak
minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat
suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut
abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak
sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang
belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang
awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari
surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi
lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari
masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari
ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam
dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada
orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Sila nyatakan komen anda dengan sejujurnya...