Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir
sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa
hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon
isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk
hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang?
Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar
coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik
abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya
tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air
mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat
tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..”
Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat
Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.”
“abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita
sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak
senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman
mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap
bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun
juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta
berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang
nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan
kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.”
Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu.
Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa
abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak
tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?”
Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan
banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.”
Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama
bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja.
“kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?”
“lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali
dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.”
“kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya
Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya
di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin
membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya
baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.
Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg
sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman
diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu
kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta
kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan
perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di
bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan
lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus
berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila
terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah
dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun.
Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC
la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah
Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya
solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah
Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..”
Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia
beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata
Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan
pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir
Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“Boleh saya bantu encik?” “Hmm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “Maaf
encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “Okay.Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa
sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “Abang tak beli apa-apa?” “Tak. Awak dah
jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “Tadaaa…
nanti kita try dekat rumah ok.” “Okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka
telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.
“Wah,romantiknya mereka!” “Tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang
punya lah handsome dan baik!” “Mana kau tahu baik?” “Tadi dia nak beli tafsir
Al-Quran.” “Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “Sweet kan. Suami
dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju
kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“Superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat
untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Sila nyatakan komen anda dengan sejujurnya...