Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok
hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah
manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.
Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka
lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..”
terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil
tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud
syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu
pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah.
Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh
manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap
abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat
mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “Kamu
dengar tak ni?! Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun
syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat
Aiman. “Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi
memandang sinis anaknya. “Bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” belum sempat Aiman mengahabiskan kata-katanya,abahnya memotong.“Sudah!
Abah tak nak tahu kamu nak buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!
“ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “Abah, saya tak da duit banyak
tu.” “Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari
pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman
menjawab. “Aaalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “Er,
kenapa along?” “Kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak
tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu
kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun
cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru,
Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh
dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke
rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan
untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman
menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..”
Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak
boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau
pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh
je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela
Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga
kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “Saya tak akan pergi! Tempat
seorang isteri di sisi suami!” “Hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak
biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati
hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul
juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini.
Memang kali ini dia muflis tersangat! “Abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman.Dengan perasaan sebak Aiman bersuara, “Saya...saya izinkan awak balik.” Terus
Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“Abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman
terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi.
Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana
nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah
itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama
pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu
masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene
tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman
jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak
perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja
tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw.
bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal
yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu
terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah
dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”
Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3)
Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang
menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut
berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana
takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan
ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka
bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada
Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?”
Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk
Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman
menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada
Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda
sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah
hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras
dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah
tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang
mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Sila nyatakan komen anda dengan sejujurnya...