Friday, September 21, 2012

~ BAHAGIAN 1 ~

KELEBIHAN HARI JUMAAT

 1- Semua Makhluk Merayu Belas Kasihan daripada Allah s.w.t

Abi Lubabah bin al-Munzir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : "...Tidak ada satu malaikat sekalipun yang hampir dengan Allah, langit dan bumi , angin, gunung-gunung dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada haritersebut)...."
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, hadis no. 5559)

 2- Burung-burung Menantikan Hari Jumaat

Dikeluarkan oleh al-Dinuri dalam al-mujalisah, daripada bakr bin Abdillah al-Muzniy, beliau berkata (maksudnya) : "Burung-burung apabila bertemu antara satu sama lain pada malam Jumaat akan berkata, adakah engkau dapat merasakan bahawa esok adalah Jumaat?"
(Riwayat al-Dinawariy, hadis no. 2432)

3-Semua Makhluk Berasa Gerun dengan Hari Jumaat

Daripada Abdul Razzaq, daripada Ma'mar, daripada Thowus, daripada bapanya, beliau berkata (maksudnya) : "Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah selain daripada hari Jumaat. Padanya Allah memutuskan penciptaan langit dan bumi, padanya akanterjadinya Kiamat, dan tidak terbitnya matahari pada hari Jumaat melainkan akan gentarlah daratan, lautan, batu-batuan dan pokok-pokok. Tidak ada sesuatu pun yang Allah ciptakan (yang dirasakan ketakutan begitu) melaikan jin dan manusia. Padanya juga ada satu saat yang mana seandainya seorang Muslim sedang berdoa' pada masa tersebut, pasti akan ditunaikan doa'nya itu."
(Riwayat Abdul Razzaq dalam Musannafnya, hadis no.5556)

 4- Hari Mulia dalam Seminggu

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhunya) : "Sebaik-baik hari yang terbit padanya hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari itu juga dimasukkan Adam a.s ke Syurga,  dan pada hari itu jugalah dikeluarkan Adam darinya, dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada Hari Jumaat."
(Riwatay Muslim, hadis no.1411)

 5- Penghulu Segala Hari 

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ibnu majah, al-Baihaqi dalam al-Syu'ab, daripada Abi Lubabah bin Abdul Munzir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Sesunggunya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. Padanya juga terdapat 5 keistimewaan lain iaitu diciptakannya Adam a.s, diturunkan Adam ke dunia, hari dimatikan, terdapatnya saat yang mana tidak ada hama yang memohon kepada Allah melainkan akan diperkenankannya selagi mana dia tidak meminta yang haram, dan pada hari ini jugalah berlakunya Kiamat. Tidak ada satu malaikat pun yang hampir dengan Allah , langit dan bumi, angin, gunung-ganang dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada hari tersebut)."
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, hadis no.5559)

 6- Hari Pengampunan

Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Sesungguhnya Allah Tabarak wa Ta'ala tidak meninggalkan seorang pun dalam kalangan orang-orang Islam pada hari Jumaat, melainkan ia pasti diberi-Nya pengampunan."
(Riwayat ath-Thabrani dalam al-Awsat dengan sanad yang baik, hadis no.4973)

 7- Terdapat Saat Mustajab Doa

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang mana sekiranya kebetulan dalam solat seorang hamba, lalu dia memohon sesuatu kepada Allah, pasti akan diberikan apa-apa yang dimintanya, sambil Nabi mengistaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa sekejapnya saat tersebut."
(Riwayat al-Bukhari, hadis no.883 dan Muslim no.1406)

 8- Pahala dan Dosa Berganda

Ka'ab r.a berkata (maksudnya) : "Sesungguhnya pada hari Jumaat, seluruh makhlik termasuklah jin dan manusia akan berasa gementa, danpada hari itu juga dilipatgandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana akan berlakunya Kiamat."
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, hadis no.5557)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhunya) : "Akan dilipatgandakan pahala yang dilakukan pada hari Jumaat."
(Riwayat ath-thabrani dalam al-Kabir, hadis no.1143)

Dikeluarkan oleh al-Musayyab bin Rafi', beliau berkata (maksudnya) : "Sesiapa yang melakukan satu amalan kebajikan pada Hari Jumaat, maka akan digandakan dengan 10 kali ganda daripada hari-hari biasa, danbegitu juga kepada sesiapa yang melakukan satu amalan kejahatan." 4

 9- Dinamakan sebagai Yaumul Mazid

10- Keselamatan Hari Seseorang Bergantung pada Hari Jumaat

Aisya r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya) : "Apabila selamat hari Jumaat maka selamatlah hari-hari lainnya."
(Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya', 3/215)

11- Dilarang Solat Sunat Mutlak pada Waktu Rembang kecuali pada Hari Jumaat

Abu Qatadah r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w (mafhumnya) : "Bahawasanya Baginda melarang solat pada waktu pertengahan siang (waktu rembang), elainkan pada hari Jumaat."
(Riwayat Abu Daud, hadis no.915)

Dipetik daripada buku Hebatnya hari Jumaat hasil Ustaz Ahmad Zaidi Adam.


No comments:

Post a Comment

Sila nyatakan komen anda dengan sejujurnya...