Wednesday, September 12, 2012

~PeNgHaRaMaN ArAk~

ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu, orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga dalam kalangan orang Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah s.a.w dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah s.a.w segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (HR Muslim)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah:90)

Allah s.w.t melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:

 1.  Orang yang memerah arak.

 2.  Orang yang diminta diperah arak untuknya.
 3.  Orang yang meminumnya.
 4.  Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.
 5.  Orang yang membawanya.
 6.  Orang yang meminta dibawa arak kepadanya.
 7.  Orang yang menjual arak.
 8.  Orang yang mendapat hasil daripada arak.
 9.  Orang yang membeli arak.
10. Orang yang meminta arak dibelikan untuknya.

(HR Ibnu Majah dan Tarmizi)


i> Arak yang juga disebut 'khamar' dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam islam hukum meminumnya adalah HARAM.

ii> Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubaatn arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut,barah tengkuk,barah  kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


iii> Manakala dari aspek mental pula Al-Quran ssendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalan raya.


iv> Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha' mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalah mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat, 40 hingga 80 kali.


v> Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tamu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membanteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat.


Arak merosakkan Akal manusia


Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: "Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadis:

1- Ijmak ulama' telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak.

2- Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli,ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.


3- Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.


4- Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.


5- Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol;contohnya kerana darurat,seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-


i)Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.


ii)Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.


iii)Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya.Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksanakan maslahah berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

  
 "Sesungguhnya Allah s.w.t memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul Khabal." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Thinatul Khabal itu?" Baginda menjawab: "Keingat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka." (HR Muslim)

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Barangsiapa meninggal (mati) sebagai peminum arak, maka ia kan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti pemnyembah berhala." (HR At-Tabrani 12/45, Shahihul Jami':6525)


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Barangsiapa mati dalam keadaan berhenti minum arak, nescaya Allah s.w.t akan memberinya minum air sungai Ghutbah, yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur." (HR Imam Ahmad)


Wallahu'alam...






No comments:

Post a Comment

Sila nyatakan komen anda dengan sejujurnya...